Songpyeon Festival


Assalamualaikum. Today, we attended another free event kat Suwon Sungkyunkwan University (SKKU/Songdae for short). Actually SKKU ada 2 main campuses: satu kat Suwon, satu kat Seoul. Haaa kalau korang nak tahu ramai retis-retis Korea belajar kat Seoul SKKU tau! Antaranya Moon Geun Young, Ji Hyun Woo, Gu Hye Sun (lebih dikenali dengan nama Geum Jan Di, awek Jun Pyo rambut kerinting tu) dan Song Joong Ki Oppa! Okay kembali ke topik asal.


Songpyeon Festival ni memang khas untuk international student (Korean students also can join). Antara students luar yang join dari India, Vietnam, Brazil, Arab Saudi and more. Songpyeon ni salah satu kuih tradisional Korea yang wajib dihidang waktu perayaan dorang, Chuseok/Hangawi Day (thanksgiving day). Macam kita lah kalau hari raya kena ada ketupat rendang dodol. Kalau takde, takde lah feeling nak raya kan?


Okay, let's start!


Sebenarnya bentuk Songpyeon macam bulan separa. Tapi time ni semua fed up nak buat bentuk Songpyeon tak jadi-jadi nak tunjuk skill dan ke'kratif'an masing-masing, maka terhasil lah Songpyeon pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang buat bentuk dinosaur, smiley, bulan dan ikan. Haa yang paling penting mentang-mentang lah staff bagi tepung warna hijau, kuning dan putih, orang Brazil pun mengambil kesempatan untuk buat bendera dorang (semangat patriotisme gittew).


Tu diaaaa muka abang kakak Master and PhD. 


Time ktorg sibuk buat Songpyeon, tetiba staff dorang keluarkan dua biji tembikai yang diukir logo SKKU. Ya Allah serious nak nangis tengok tembikai tu sebab tembikai kat sini teramat lah mahal! Setakat ni yang paling murah aku pernah jumpa sebiji 16,800won (RM 50). Time ni aku terfikir jugak "Entah-entah dia nak bagi kat siapa yang buat Songpyeon paling kreatif kan. Muehehe"


Maka terdetik lah dalam hati aku untuk buat kerja gila karipap. Nasib baik aku sempat belajar cara nak buat Karipap dengan Mama before fly Korea tau (Thanks Mama!). Haa time ni lah ada sorang uncle Indian kat sebelah aku tegur (sila baca dengan nada teruja okay?) "Wow! Such an amazing work! How did you do that?". Aku pun tersipu-sipu ajar sambil explain yang Karipap ni kuih tradisional Malaysia. Although uncle tu tak dapat ikut step yang aku ajar atau aku yang tak reti ajar, tapi nampak lah effort dia nak try buat Karipap. A big clap for Uncle! :D   

"Kalau Uncle tu datang Malaysia mesti dia cari Karipap kan?"


Tak lama lepas tu, staff pun ambil Songpyeon yang ktorg dah buat untuk dikukus. So sementara tunggu Songpyeon siap, masa untuk MAKAN! Makanan disediakan dan semuanya ditanggung halal (halal certificate is shown). Disebabkan kita ni orang Asia, so dorang buat ala-ala 'Asian Cuisine' - mungkin untuk memperkenalkan makanan tempatan negara Asia kepada negara luar dan mungkin juga untuk orang-orang yang homesick macam aku ni :') (hek eleh, macam tak boleh masak nasi goreng sendiri je kat rumah kan. Lempang nak?)

Dari kiri (atas): Mee Tomyam (Thailand), Kimchi (Korea), Nasi Goreng telur mata kerbau (Malaysia).
Dari kiri (bawah): Jap Chae/Glass Noodle (Korea), Recheado Masala Chicken (India)


Tadaa! Ni antara hasil Songpyeon by Anonymous. Oh by the way, aku dah hagak dah pasal tembikai tu. Kan aku dah kata dia bagi kat manusia yang buat Songpyeon paling kreatif. Tak silap aku pemenang tu buat dinosaur. Sorry lah der, gua tak terfikir pulak nak buat dinosaur ke Kamen Rider ke. Gua ni girlish sikit. Tahu buat karipap je.

  
After sesi bergambar festival pun tamat! Dapat gift: Songpyeon 'rasa sebenar', coffee coupon dan upcoming event brochures anjuran SKKU! 



Macam biasa lah, kalau datang tempat orang wajib lah lawat kawasan. So before jalan-jalan tu ktorg solat Zohor kat musolla dia (gidoshil in korean).


Dewan makan 


Dobi


Delivery Reception 


Souvenirs Shop


Track Field

Okay, jumpa di entry seterusnya! :D

0 comments:

 

Author

They call me ATUL. Currently studying at Giatmara Sepang, Fashion and Dressmaking. Suka makan. Suka tidur. Suka jalan-jalan. Suka nyanyi. Suka baca buku. Eh?

Labels

Followers