Assalamualaikum. At first memang excited nak share tentang event-event free yang aku pernah join before this. Tapi bila fikir balik, events macam tu bukannya berlansung sepanjang tahun. Meaning kau takkan jumpa lagi event macam tu even kau datang sini balik, unless pihak penganjur anjurkan lagi sekali. So tak syok lah. Kalau boleh nak apa yang kita rasa, orang lain pun boleh rasa (Aicewah!). Actually, aku pun tinggal 3 minggu je kat sini (sedih T.T). So hari ni aku jalan-jalan dan berblogging ala-ala backpackers gittew!
Before this aku pernah bagi tahu yang kat Myeongdong ada Hanbok trial for free kan? Haa, so ni lah tujuan aku datang sini. Hari ni aku gerak sorang naik subway Line 4 (warna biru). Pendekkan cerita, keluar je exit 6, korang akan nampak Uniqlo sebelah kanan dan Nature Republic sebelah kiri. Actually boleh je keluar mana-mana exit. Tapi untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan (tak sesat), exit 6 (jalan utama Myeongdong) ni lah paling dekat dengan semua tempat menarik yang ada kat Myeongdong. Okay jom pakai Hanbok!
After keluar exit 6 tu, korang terus je sampai nampak bangunan bertile hitam sebelah kanan. Tu la dia M Big Plaza! Kalau korang masuk korang akan nampak escalator (macam dalam gambar), naik tingkat 5. Dalam M Plaza ni ada outlet ZARA, Forever21 dan beberapa restaurants.
Dah sampai Seoul Global Culture & Tourism Center! Senang kan nak cari? Okay nak pakai Hanbok pun ada procedure dia. Firstly, kita kena masuk center ni dan register nama beserta kewarganegaraan, contact number dan paling penting waktu kita nak pakai Hanbok. Time ni boleh je register pukul 12. Tapi lapar punya pasal dari pagi tak breakfast, aku pun register lah pukul 3 petang.
Here's a tip: better register awal (pagi), sebab kalau datang petang baru nak register confirm full! Last slot at 18:00
Kalau aku datang Myeongdong mesti aku makan kat Han's Deli. Sebab bab-bab makan ni aku tak study sangat, 100% bergantung pada student Malaysia yang belajar kat sini huhu. Time aku datang ni takde customer lain, selalunya ramai. Masa ni lah nak fefeeling aku yang reserve satu restoran ni hahaha.
Kalau korang nak tahu restoran ni penuh dengan coretan fangirls and fanboys. Aku tertanya-tanya jugak "Idol selalu pergi restoran ni ke?"
Late lunch: Chilli Shrimp Spaghetti & Garlic Bread! :D
Sementara menunggu pukul 3, aku pun round satu Myeongdong. Mostly yang pergi sini mesti nak shopping branded apparel and korean cosmetics. Antara cosmetics yang famous kat sini Etude House (my favourite!), The Face Shop, Tony Moly, Aritaum dan baaaaanyak lagi. Ni mesti terpengaruh sebab duta dia semua idol kan? Konon nak kulit secerah Suzy, seanjal Song Hye Kyo, semulus Victoria lah kennn. Kantoi! :p
Time jalan-jalan ni tetiba nampak signboard kecil M Plaza. Rupanya ada another entrance (by lift) nak pergi Tourism Center tadi. So aku pun lalu sini je lah. By the way, biasanya traveller muslim solat dalam bangunan ni lah, berdekatan dengan exit door dan lift. Tempat tu agak tersorok (jalan mati) dan tak ramai sangat lalu situ. Kalau ada orang lalu pun jangan malu-malu nak solat sebab dorang pun dah biasa tengok muslim solat kat situ! ;)
At last, time to wear Hanbok!
Tadaa! Mission accomplished! ;)
For your information, kat Myeongdong ni banyak lagi tempat menarik yang korang boleh pergi. Antaranya Cat Cafe dan Nanta Show. Cafe ni ada lebih daripada 40 jenis kucing: kucing parsi, kucing sphinx, kucing gemuk, kucing ekor pendek, kucing sakit pun ada. So bagi 'cat lovers' di luar sana, this place is highly reccomend for you. Kalau dengar cerita kawan-kawan yang memang minat kucing datang cafe ni, 2 jam pun tak cukup!
Direction to Cat Cafe: Dari exit 6, terus sampai nampak Banila co. dan BSX, belok kanan. Cat Cafe bersebelahan dengan outlet Crocs.
Pernah dengar pasal Nanta Cooking Show? Nanta show ni satu theater/musical yang menggunakan kitchen utensils as instruments (contoh: pisau dan periuk). Ticket fees dia memang agak mahal: 40,000-60,000won (RM120-RM180). Semakin eksklusif tempat duduk semakin mahal lah tiket (macam kita tengok wayang).
Direction to Myeongdong Theater: Dari exit 6, nampak Uniqlo terus belok kanan. Kemudian terus sampai nampak Myeongdong Theater sebelah kiri.
Cat Cafe dan Nanta show aku tak boleh story lebih-lebih. Sebab aku sendiri tak pernah pergi dan teringin pergi (gambar pun ambil dari google). Untuk maklumat lanjut ce usha travelogue sesiapa. Type je kat google serious berlambak!
Apa lagi tempat menarik kat Myeondong yang korang tahu? Meh la share :D
0 comments:
Post a Comment